Posts

KARYA PELUKIS BARAT

Image
  PELUKIS: JEAN FRANCOIS MILLET Karya ini menggambarkan suasana para petani kentang melakukan kerja harian mereka. Karya ini menggambarkan betapa kerasnya pekerjaan yang meraka lakukan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Mereka digambarkan tidak berhenti bekerja hingga matahari mula tenggelam, ini dapat dilihat pada gambaran karya yang menggambarkan suasana semakin gelap. Karya ini telah mengangkat darjat petani yang bekerja keras berhubungan dengan keperluan utama manusia, iaitu bahan makanan. Karya ini jelas menggambarkan kehidupan manusia yang kurang berkemampuan yang sentiasa bekerja untuk mencari rezeki. Sejajar dengan dasar Pendidikan Berkualiti, kesedaran mengenai pentingnya pendidikan perlu sentiasa disemai dalam diri setiap anak-anak muda kerana hanya pendidikan yang boleh mengubah nasib diri, keluarga, agama dan bangsa. Dalam memajukan bidang pendidikan semua rakyat akan mendapat manfaat termasuklah penduduk di luar bandar.        

KARYA PELUKIS BARAT

Image
  PELUKIS: ALBERT SAMUEL ANKER Karya ini menggunakan teknik cat minyak pada canvas. Karya ini menggambarkan suasana pengajaran dan pembelajaran secara formal di sebuah sekolah di kampung dengan satu figura lelaki dewasa digambarkan sebagai guru. Karya ini juga menggambarkan ramai kanak-kanak lelaki dan perempuan di dalam kelas yang sama. Ini selari dengan matlamat Pendidikan Berkualiti yang mana menghapuskan ketaksamarataan dalam sistem Pendidikan. Hak untuk diberi untuk menikmati pendidikan yang berkualiti tanpa diskriminasi dan berat sebelah. Karya juga menggambarkan guru memegang rotan sambil bercakap dengan para pelajarnya, seiring dengan matlamat Pendidikan Berkualiti yang sangat mementingkan guru yang berkualiti dalam memberi pendidikan yang berkesan kepada pelajar. Karya ini juga berhubung kait dengan sasaran Pendidikan Berkualiti yang menggalakkan budaya keamanan di mana ianya dapat dilihat di dalam karya ini yang menggambarkan kanak-kanak yang boleh bergaul dan bekerjasama...

KARYA PELUKIS BARAT

Image
  PELUKIS : ALBERT SAMUEL ANKER(1899) Karya ini telah menggunakan cat minyak pada canvas dan menggunakan warna-warna tanah. Ia menggambarkan figura lelaki tua yang telah memutih rambut dan janggutnya sedang membaca buku. Di tepi meja dan rak-rak kelihatan banyak buku yang tersusun. Karya ini dapat dikaitkan dengan matlamat Pendidikan Berkualiti iaitu kualiti pendidikan sehingga ke peringkat tertinggi serta pendidikan sepanjang hayat. Ia jelas dilihat pada karya ini iaitu lelaki tua ini masih bersemangat menimba ilmu walaupun sudah berusia. Ia juga selaras dengan matlamat Pendidikan Berkualiti yang menginginkan semua pemuda dan sebahagian besar orang dewasa mencapai literasi dan numerasi.  

KARYA PELUKIS TEMPATAN

Image
  PELUKIS: DZULKIFLI BUYONG Media: kapur pastel Karya ini menggambarkan suasana di dalam rumah kayu dengan tiga figura membaca al-quran, satu figura dipaparkan separuh badan dengan tangannya memegang kayu rotan digambarkan sebagai guru. Satu figura digambarkan sedang mendongak ke arah guru mengaji tersebut. Gambaran karya ini selaras dengan domain utama Pendidikan Berkualiti yang menjamin Pendidikan secara menyeluruh dan ekuiti serta menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. Ini jelas dilihat di dalam karya ini yang menggambarkan pendidikan tidak formal di mana seorang lelaki yang berusia sedang mengaji. Dalam situasi gambaran tersebut, jelas dilihat guru mengaji mengajar anak-anak didikannya mengenal huruf, ia selaras dengan domain utama Pendidikan Berkualiti iaitu celik huruf dan angka. Guru mengaji dilihat sangat tegas dengan gambaran memegang rotan selaras dengan Pendidikan Berkualiti yang melahirkan guru berkualiti. Karya ini juga menggambarkan budaya melayu yang beradab dala...

KARYA PELUKIS TEMPATAN

Image
  PELUKIS: DZULKIFLI BUYONG Tajuk : Membakar Semut Tahun : 1967 Media : Kapur pastel Tema : Aktiviti kanak-kanak alam tempatan Nilai : Merakamkan keriangan, kenakalan, keharmonian, dan kegembiraan hidup kanak-kanak di kampung pelukis telah menggunakan kapur pastel sebagai media utamanya. Karya ini bertemakan permainan kanak-kanak. Tiga figura digambarkan dalam karya ini iaitu seorang kanak-kanak perempuan dan dua lelaki bermain api membakar semut dan membuat unggun api dengan membakar surat khabar. Warna yang digunakan adalah warna yang kontra dan mampu menarik perhatian. Gambaran aktiviti membakar surat khabar dan semut dilihat sebagai aktiviti yang ringkas dan agak naif melambangkan keadaan sosio-ekonomi ketika itu. Karya ini juga menggambarkan kerjasama di antara ketiga-tiga mereka membuat unggun api. Ini merupakan satu pembelajaran tidak formal di antara mereka di mana mereka belajar membuat unggun api bersama-sama. Ini selaras dengan sasaran Pendidikan Berkualiti yang mengha...

KARYA PELUKIS TEMPATAN

Image
  PELUKIS: DZULKIFLI BUYONG Tajuk : Kelambu Tahun : 1964 Media : Kapur pastel Tema : Menjaga kesihatan dalam masyarakat Melayu Gaya : Impressionisme Pelukis telah menggambarkan gaya impresionis imej 5 figura sedang beraksi di sekeliling kelambu dengan watak masing-masing. Ia memperlihatkan keseimbangan simetri di mana figura berada di kiri dan kanan kelambu. warna-warna yang digunakan agak suram sesuai dengan suasana malam yang digambarkan. Pelukis menggunakan pastel sebagai media utamanya. Imej seorang perempuan bersanggul dan berbaju warna hijau digambarkan sebagai seorang ibu kepada figura-figura yang lain. Karya ini menggambarkan suasana dan aktiviti persiapan sebelum tidur. Nilai yang ingin disampaikan adalah nilai budaya masyarakat melayu iaitu saling bekerjasama dalam membuat sesuatu pekerjaan contohnya si ibu sedang memasang ubat nyamuk, manakala si anak memasang kelambu. Si anak dilihat pandai memasang tali kelambu tanpa bantuan si ibu, ini adalah salah satu pendidikan ti...