KARYA PELUKIS TEMPATAN


 

PELUKIS: DZULKIFLI BUYONG

Media: kapur pastel

Karya ini menggambarkan suasana di dalam rumah kayu dengan tiga figura membaca al-quran, satu figura dipaparkan separuh badan dengan tangannya memegang kayu rotan digambarkan sebagai guru. Satu figura digambarkan sedang mendongak ke arah guru mengaji tersebut. Gambaran karya ini selaras dengan domain utama Pendidikan Berkualiti yang menjamin Pendidikan secara menyeluruh dan ekuiti serta menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. Ini jelas dilihat di dalam karya ini yang menggambarkan pendidikan tidak formal di mana seorang lelaki yang berusia sedang mengaji. Dalam situasi gambaran tersebut, jelas dilihat guru mengaji mengajar anak-anak didikannya mengenal huruf, ia selaras dengan domain utama Pendidikan Berkualiti iaitu celik huruf dan angka. Guru mengaji dilihat sangat tegas dengan gambaran memegang rotan selaras dengan Pendidikan Berkualiti yang melahirkan guru berkualiti. Karya ini juga menggambarkan budaya melayu yang beradab dalam menuntut ilmu.

 

 

Comments

Popular posts from this blog

KARYA PELUKIS TEMPATAN

KARYA PELUKIS TEMPATAN

KARYA PELUKIS BARAT