KARYA PELUKIS TEMPATAN


 

PELUKIS: DZULKIFLI BUYONG


Tajuk : Kelambu

Tahun : 1964

Media : Kapur pastel

Tema : Menjaga kesihatan dalam masyarakat Melayu

Gaya : Impressionisme


Pelukis telah menggambarkan gaya
impresionis imej 5 figura sedang beraksi di sekeliling kelambu dengan watak
masing-masing. Ia memperlihatkan keseimbangan simetri di mana figura berada di
kiri dan kanan kelambu. warna-warna yang digunakan agak suram sesuai dengan
suasana malam yang digambarkan. Pelukis menggunakan pastel sebagai media utamanya.
Imej seorang perempuan bersanggul dan berbaju warna hijau digambarkan sebagai
seorang ibu kepada figura-figura yang lain. Karya ini menggambarkan suasana dan
aktiviti persiapan sebelum tidur. Nilai yang ingin disampaikan adalah nilai
budaya masyarakat melayu iaitu saling bekerjasama dalam membuat sesuatu pekerjaan
contohnya si ibu sedang memasang ubat nyamuk, manakala si anak memasang kelambu.
Si anak dilihat pandai memasang tali kelambu tanpa bantuan si ibu, ini adalah
salah satu pendidikan tidak formal yang boleh digambarkan. Si anak mungkin telah
membuat pemerhatian serta penilaian sebelum ini dari ibunya dan daripada pengalaman
tersebut dapat membantu anak itu memasang kelambu sendirian tanpa bantuan orang
lain. Ibu diibaratkan seorang guru bagi anak-anak, ibu memainkan peranan yang
penting dalam institusi keluarga selaras dengan matlamat ke 4 pembangunan
lestari iaitu melahirkan guru-guru yang berkualiti demi kesejahteraan pelajar.
Selain itu, sikap keharmonian yang digambarkan selaras dengan dasar Pendidikan Berkualiti
yang melahirkan keharmonian diri di samping mendidik manusia berfikir secara
rasional, bebas dan mampu meningkatkan kualiti Pendidikan setaraf dengan negara
maju.

 

Comments

Popular posts from this blog

KARYA PELUKIS TEMPATAN

KARYA PELUKIS BARAT