KARYA PELUKIS TEMPATAN


 

PELUKIS: DZULKIFLI BUYONG


Tajuk : Membakar Semut

Tahun : 1967

Media : Kapur pastel

Tema : Aktiviti kanak-kanak alam tempatan

Nilai : Merakamkan keriangan, kenakalan, keharmonian, dan kegembiraan hidup kanak-kanak di kampung

pelukis telah menggunakan kapur pastel sebagai media utamanya. Karya ini bertemakan permainan kanak-kanak. Tiga figura digambarkan dalam karya ini iaitu seorang kanak-kanak perempuan dan dua lelaki bermain api membakar semut dan membuat unggun api dengan membakar surat khabar. Warna yang digunakan adalah warna yang kontra dan mampu menarik perhatian. Gambaran aktiviti membakar surat khabar dan semut dilihat sebagai aktiviti yang ringkas dan agak naif melambangkan keadaan sosio-ekonomi ketika itu. Karya ini juga menggambarkan kerjasama di antara ketiga-tiga mereka membuat unggun api. Ini merupakan satu pembelajaran tidak formal di antara mereka di mana mereka belajar membuat unggun api bersama-sama. Ini selaras dengan sasaran Pendidikan Berkualiti yang menghapuskan perbezaan jantina dalam pendidikan dan memastikan kesamarataan di antara lelaki dan perempuan di semua peringkat pendidikan. Karya ini juga menggambarkan perpaduan antara kaum di mana dasar Pendidikan Berkualiti yang menggalakkan budaya keamanan dan menghargai kepelbagaian budaya serta sumbangannya untuk pembangunan lestari.

Comments

Popular posts from this blog

KARYA PELUKIS TEMPATAN

KARYA PELUKIS BARAT