KARYA PELUKIS BARAT


 

PELUKIS : ALBERT SAMUEL ANKER(1899)

Karya ini telah menggunakan cat minyak pada canvas dan menggunakan warna-warna tanah. Ia menggambarkan figura lelaki tua yang telah memutih rambut dan janggutnya sedang membaca buku. Di tepi meja dan rak-rak kelihatan banyak buku yang tersusun. Karya ini dapat dikaitkan dengan matlamat Pendidikan Berkualiti iaitu kualiti pendidikan sehingga ke peringkat tertinggi serta pendidikan sepanjang hayat. Ia jelas dilihat pada karya ini iaitu lelaki tua ini masih bersemangat menimba ilmu walaupun sudah berusia. Ia juga selaras dengan matlamat Pendidikan Berkualiti yang menginginkan semua pemuda dan sebahagian besar orang dewasa mencapai literasi dan numerasi.

 


Comments

Popular posts from this blog

KARYA PELUKIS TEMPATAN

KARYA PELUKIS TEMPATAN

KARYA PELUKIS BARAT