KARYA PELUKIS BARAT
PELUKIS: JEAN FRANCOIS MILLET
Karya ini menggambarkan suasana
para petani kentang melakukan kerja harian mereka. Karya ini menggambarkan
betapa kerasnya pekerjaan yang meraka lakukan untuk meneruskan kelangsungan
hidup. Mereka digambarkan tidak berhenti bekerja hingga matahari mula
tenggelam, ini dapat dilihat pada gambaran karya yang menggambarkan suasana semakin
gelap. Karya ini telah mengangkat darjat petani yang bekerja keras berhubungan
dengan keperluan utama manusia, iaitu bahan makanan. Karya ini jelas menggambarkan
kehidupan manusia yang kurang berkemampuan yang sentiasa bekerja untuk mencari
rezeki. Sejajar dengan dasar Pendidikan Berkualiti, kesedaran mengenai
pentingnya pendidikan perlu sentiasa disemai dalam diri setiap anak-anak muda
kerana hanya
pendidikan yang boleh mengubah nasib diri, keluarga, agama dan bangsa. Dalam memajukan
bidang pendidikan semua rakyat akan mendapat manfaat termasuklah penduduk di luar
bandar.
Comments
Post a Comment